Khamis, 23 Julai 2009

Diri, kerja dan bisnes



Antara diri, kerja dan bisnes rasanya akhir-akhirnya kerja yang menyebabkan otak ni stres. Minggu-minggu terakhir sebelum bulan Ramadhan ni, semua kerja nak kena siap cepat. Ayo..Dengan kursus, bengkel, latihan, pembelian mesin baru, servis mesin, kajian kualiti, pembukaan unit baru, key user IT/RIS/PACS dan persediaan akreditasi hospital membuat kepala ni berputar-putar tiap-tiap hari. Seolah-olah 8 jam waktu bekerja tu tak cukup plak. Hari-hari balik lambat...Ayoo
Manakala bisnes plak dah nampak jalan cerah kat depan. Makin ramai kawan-kawan yang dah tahu mengenai bisnen warizan ni dan berminat untuk join. Alhamdulillah. Bukan apa, aku ni bukannya pandai sangat nak cerita dan tarik perhatian orang, tapi bila pertama kali bercerita orang dah faham dan berminat, maka semangat bertambah berkobar-kobar. Yeye, seronok rasanya diri ini.
Bagi yang membaca blog aku ni, aku yakin kamu semua masih ragu-ragu dengan bisnes ni. Jika tak yakin secara online, saya boleh terangkan secara offline iaitu berjumpa, berbincang dan sesi soal jawab. Malah aku juga boleh bawa ke HQ Warizan Al Helmy Sdn Bhd untuk mendengar penjelasan orang-orang yang lebih berpengalaman di sana.
Genap 25 Julai ni, penyata aku yang keempat akan keluar. Mungkin dalam masa seminggu aku akan dapat wang pos atau cek yang akan dipos ke alamat rumah aku..(opss, aku guna alamat hospital la..hehehe). Rasanya aku dapat RM116.00 dan wife aku dapat RM146.60. Dan aku jangka bulan depan aku akan dapat berkali ganda lebih banyak sekiranya semua kawan-kawan aku mula join di bawah aku.
Kita tunggu dan lihat.
Mari join bawah saya untuk memulakan langkah pertama anda...tekan sini

Khamis, 16 Julai 2009

Azza Elite dan kaitannya dengan Warizan al Helmy Sdn Bhd










Anda kenal individu dalam gambar-gambar ini? Apa kaitannya dengan Warizan al Helmy Sdn Bhd?
Ya, beliau adalah Azza, salah seorang anggota kumpulan Elite yang popular dalam tahun 90-an dulu. Sebenarnya, beliau adalah anak perempuan kepada H/Dr (Hom) Zawari bin Abdul Aziz yang merupakan pengasas kepada syarikat Warizan al Helmy Sdn Bhd.
Beliau sering hadir bersama bapanya ketika pelbagai majlis berkaitan Warizan diadakan di seluruh Malaysia. Beliau merupakan duta produk Bedak Berubat Zanita.

Atas dasar persahabatan...ku selit sikit di sini :)








Disebabkan sahabat aku sorang ni berkenan kat Proton Saga BLM, maka aku memaparkan gambar BLM ku yang di touch up secara ringan. Just sportrim 15 inci, stiker carbon fiber, tukar nombor plat dan spray side mirror. tu je, tp hasilnya? lihatla sendiri. dan komen la....

majlis anugerah kereta kepada ahli Warizan al Helmy Sdn Bhd




Daripada berita yang diterima, malam semalam di HQ Bukit Sentosa, majlis anugerah kereta kepada ahli WAH yang layak telah dilangsungkan. Penyerahan kereta kepada 3 orang leader hebat iaitu kereta S320, Mers C200 COMPRESSOR dan TOYOTA CAMRY. Apa macam? Tak sampai setahun syarikat ini beroperasi, namun mampu membuatkan ahli-ahlinya menerima kereta-kereta mewah ini.

jangan lepaskan peluang ini. join kami. kalau anda rajin, anda mampu menerima penghargaan sebesar ini dalam masa terdekat..
klik sini

Sabtu, 11 Julai 2009

www.jutawanwarizan.biz/teratakputri





Ni satu lagi website mengenai Warizan al Helmy Sdn Bhd. Aku tolong printscreen.
Owner asalnya adalah Cikgu Aziz yang merupakan antara yang terawal join syarikat ini. Pendapatan dia seperti pendapatan bulanan Doktor Pakar kat hospital kerajaan. Tak percaya? Tengok penyata beliau bulan Februari 2009 kat atas nun. Jauh gila beza dengan penyata pendapatan aku..hahahaha..dan, beliau merupakan kawan baik bapaku. Kalau aku jumpa mereka kat HQ Warizan, jawabnya aku ternganga tengok diaorang bersembang..hehehe

Singgahla web tersebut untuk maklumat lanjut..

klik sini

Jumaat, 10 Julai 2009

www.jutawanwarizan.com/teratakaman

teratakaman




Ni printscreen website jutawanwarizan. Salah satu alternatif utk memperkenalkan Warizan al-Helmy Sdn Bhd kepada orang ramai. Kalau nak senang perkenalkan Warizan tanpa perlu berjumpa orang secara face to face, maka ini pilihan yang terbaik.
Namun, kena beringat, website ini bukan web rasmi syarikat tetapi salah satu alternatif dari group online.

tekan sini

Selasa, 7 Julai 2009

Dah tengok gambar-gambar kat bawah?

Kat bawah nun ada banyak gambar-gambar yang aku dapat ambil (guna thumbdrive) masa aku datang HQ kat Rawang beberapa bulan lepas. Aku ambil sendiri dari orang kuat syarikat iaitu En Mat dan Vincent. Mereka tak lokek ilmu dan rela berkongsi maklumat.
Mengenai pelan pemasaran nanti aku cite next free day k. Kalau ada pertanyaan, post je kat chatbox sebelah kanan nun. Tak pun korang emel kat teratakawin[at]gmail.com ataupun winazza[at]hotmail.com.
Aku ni budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjuk ajarkan k.. :)

Isnin, 6 Julai 2009

Gambar-gambar berkaitan Warizan al-Helmy
















Lebih lanjut?




Ni pasal Warizan Al-Helmy. Dah cite secara umum, kali ni aku cite lebih detail. Nak kata detail, sebenarnya simple je. Contoh mudah beginila...
Situasi A:
Kita beli sehelai baju di kedai pakaian A dengan harga RM38, maka kita akan dapat sehelai baju disertakan dengan resit pembelian. Faham? :)
So, adakah dengan pembelian sehelai baju itu membuatkan kita akan mendapat sebarang pendapatan tambahan? Oh, tidak sama sekali kan..
Situasi B:
Sekiranya kedai pakaian B membuat tawaran iaitu dengan membeli sehelai pakaian daripada kedainya dengan harga RM38, tokeh kedai tersebut akan memberi sehelai baju, sekeping resit pembelian dan juga percuma hadiah iaitu sehelai sapu tangan berharga RM2. Hmm..ada beza tak dengan situasi A tadi?
Situasi C:
Kedai C pula menawarkan pakaian yang sama dengan harga yang sama tetapi memberi hadiah percuma sehelai sapu tangan berharga RM2 sebanyak 24 helai. Maka, apakah kedai pilihan kita? Hehe..tepuk dada, tanya selera la..

Ahad, 5 Julai 2009

Warizan Al-Helmy






Aku tau mengenai warizan setelah papa bercerita beberapa bulan yang lepas. Mula-mula memangla ragu-ragu sebab aku ni dah biasa tengok papa join pelbagai bisnes yang akhirnya bungkus.
Disebabkan didesak (hehehe), aku pun joinla.
Setelah join, aku pergi ke syarikat kat Bukit Sentosa kat Rawang nun. Bukannya jauh sangat pun dari rumah aku kat Sungai Buloh ni.
Kat sana, aku dengar penerangan tentang produk (produk killer adalah Bedak Berubat Zanita dan Pil Minda IQ) serta sistem perniagaan.



Aku juga berkenalan dengan orang yang mula-mula join bisnes ini seperti En Mat, Cikgu Isa dan Vincent.
Selain tu aku juga sempat berjumpa dengan pengasas syarikat ini iaitu Dr Zawari.
Setelah beberapa bulan (walaupun aku ni pemalas), penyata bulan ketiga aku dapat wang pos RM48. Putri pula dapat RM44. Mak ui..kalau didarab dengan 24 bulan, aku dah dapat total RM1152. Modal aku cuma beberapa ratus je. Tu pun kalau selama baki 21 bulan ni aku tak perkenalkan sesiapa dengan bisnes ni..Hmmm..
Yang lebih menarik, papa dah dapat lebih RM1500 dan mama dapat lebih RM400. Malah dia dah dapat seutas rantai tangan emas hasil perniagaan ini. Ha? baru je papa join 5 bulan, dah nampak kejayaannya..
Memang menarik..aku nak juga dapat pendapatan macam papa. Tp papa rajin, aku ni pemalas..Macammana ye..