Memaparkan catatan dengan label warizan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label warizan. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Ogos 2009

Utusan daripada pengasas Warizan al Helmy Sdn Bhd...



Warizan Al Helmy Sdn Bhd (845525-A) atau sebelum ini dikenali sebagai Al Helmy Resources (SA 0099289-P), merupakan MEDAN PERJUANGAN yang amat baik untuk disertai oleh mereka yang baru mencuba atau yang sedang mencari arah untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan secara sambilan atau sepenuh masa.

Terdapat ramai usahawan baru dalam bidang perniagaan menemui kegagalan walaupun telah mengeluarkan modal yang banyak dan mereka berputus asa serta menganggap perniagaan merupakan suatu kerjaya yang sukar. Semua ini kerana sebelum memulakan suatu perniagaan mereka tidak membuat penyelidikan yang mendalam dan tiada pengalaman menghadapi cabaran.

Melalui Warizan Al-Helmy, pejuang dan peminat bidang perniagaan dapat menimba ilmu perniagaan dengan tidak perlu mengeluarkan modal yang besar dan pejuang dapat berhubung dan menimba ilmu daripada mereka yang pernah gagal untuk dijadikan panduan dan dari mereka yang berjaya untuk dicontohi atau diteladani.
Tiada ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan boleh menyebabkan seseorang pejuang baru terjebak dalam perniagaan yang menjurus kepada SKIM CEPAT KAYA atau BINARI yang diharamkan oleh pihak kerajaan.

Dalam usaha berjuang mencipta kejayaan adalah dinasihatkan pejuang hendaklah menjalinkan hubungan yang rapat serta erat dengan pengurusan dan pemimpin syarikat supaya idea baru yang ditemui dapat dikongsi bersama dengan cepat.

Pihak pengurusan dan pemimpin syarikat adalah dinasihatkan berkerjayalah dengan jujur dan ikhlas dalam usaha mencapai matlamat syarikat dan menjalankan dasar syarikat sebaik mungkin serta membantu pejuang mencipta kejayaan tanpa mengharap balasan dari pejuang itu sendiri.

Kesabaran dalam menghadapi kerenah yang pelbagai lantaran ramai orang yang melibatkan diri adalah sangat dituntut supaya hubungan akan terus utuh dan kukuh dapat terus wujud serta berterusan.

H/Dr (Hom) Zawari bin Abdul Aziz

Khamis, 23 Julai 2009

Diri, kerja dan bisnes



Antara diri, kerja dan bisnes rasanya akhir-akhirnya kerja yang menyebabkan otak ni stres. Minggu-minggu terakhir sebelum bulan Ramadhan ni, semua kerja nak kena siap cepat. Ayo..Dengan kursus, bengkel, latihan, pembelian mesin baru, servis mesin, kajian kualiti, pembukaan unit baru, key user IT/RIS/PACS dan persediaan akreditasi hospital membuat kepala ni berputar-putar tiap-tiap hari. Seolah-olah 8 jam waktu bekerja tu tak cukup plak. Hari-hari balik lambat...Ayoo
Manakala bisnes plak dah nampak jalan cerah kat depan. Makin ramai kawan-kawan yang dah tahu mengenai bisnen warizan ni dan berminat untuk join. Alhamdulillah. Bukan apa, aku ni bukannya pandai sangat nak cerita dan tarik perhatian orang, tapi bila pertama kali bercerita orang dah faham dan berminat, maka semangat bertambah berkobar-kobar. Yeye, seronok rasanya diri ini.
Bagi yang membaca blog aku ni, aku yakin kamu semua masih ragu-ragu dengan bisnes ni. Jika tak yakin secara online, saya boleh terangkan secara offline iaitu berjumpa, berbincang dan sesi soal jawab. Malah aku juga boleh bawa ke HQ Warizan Al Helmy Sdn Bhd untuk mendengar penjelasan orang-orang yang lebih berpengalaman di sana.
Genap 25 Julai ni, penyata aku yang keempat akan keluar. Mungkin dalam masa seminggu aku akan dapat wang pos atau cek yang akan dipos ke alamat rumah aku..(opss, aku guna alamat hospital la..hehehe). Rasanya aku dapat RM116.00 dan wife aku dapat RM146.60. Dan aku jangka bulan depan aku akan dapat berkali ganda lebih banyak sekiranya semua kawan-kawan aku mula join di bawah aku.
Kita tunggu dan lihat.
Mari join bawah saya untuk memulakan langkah pertama anda...tekan sini

Khamis, 16 Julai 2009

Azza Elite dan kaitannya dengan Warizan al Helmy Sdn Bhd










Anda kenal individu dalam gambar-gambar ini? Apa kaitannya dengan Warizan al Helmy Sdn Bhd?
Ya, beliau adalah Azza, salah seorang anggota kumpulan Elite yang popular dalam tahun 90-an dulu. Sebenarnya, beliau adalah anak perempuan kepada H/Dr (Hom) Zawari bin Abdul Aziz yang merupakan pengasas kepada syarikat Warizan al Helmy Sdn Bhd.
Beliau sering hadir bersama bapanya ketika pelbagai majlis berkaitan Warizan diadakan di seluruh Malaysia. Beliau merupakan duta produk Bedak Berubat Zanita.

Ahad, 5 Julai 2009

Warizan Al-Helmy






Aku tau mengenai warizan setelah papa bercerita beberapa bulan yang lepas. Mula-mula memangla ragu-ragu sebab aku ni dah biasa tengok papa join pelbagai bisnes yang akhirnya bungkus.
Disebabkan didesak (hehehe), aku pun joinla.
Setelah join, aku pergi ke syarikat kat Bukit Sentosa kat Rawang nun. Bukannya jauh sangat pun dari rumah aku kat Sungai Buloh ni.
Kat sana, aku dengar penerangan tentang produk (produk killer adalah Bedak Berubat Zanita dan Pil Minda IQ) serta sistem perniagaan.



Aku juga berkenalan dengan orang yang mula-mula join bisnes ini seperti En Mat, Cikgu Isa dan Vincent.
Selain tu aku juga sempat berjumpa dengan pengasas syarikat ini iaitu Dr Zawari.
Setelah beberapa bulan (walaupun aku ni pemalas), penyata bulan ketiga aku dapat wang pos RM48. Putri pula dapat RM44. Mak ui..kalau didarab dengan 24 bulan, aku dah dapat total RM1152. Modal aku cuma beberapa ratus je. Tu pun kalau selama baki 21 bulan ni aku tak perkenalkan sesiapa dengan bisnes ni..Hmmm..
Yang lebih menarik, papa dah dapat lebih RM1500 dan mama dapat lebih RM400. Malah dia dah dapat seutas rantai tangan emas hasil perniagaan ini. Ha? baru je papa join 5 bulan, dah nampak kejayaannya..
Memang menarik..aku nak juga dapat pendapatan macam papa. Tp papa rajin, aku ni pemalas..Macammana ye..

Ahad, 21 Jun 2009

Di sini bermula..

Blog pertama yang aku buat. Khas untuk belajar untuk berniaga dalam internet. Selama ini aku hanya menggunakan beberapa website untuk menjual pelbagai barang, namun apabila melihat perkembangan blog yang berjaya mencetus fenomena baru dalam bidang perniagaan, maka aku mencuba..
Nampaknya, bukan susah pun nak buat blog. Cuma masalahnya cuma aku ni pemalas sikit la..macammana ye..