Selasa, 7 Julai 2009

Dah tengok gambar-gambar kat bawah?

Kat bawah nun ada banyak gambar-gambar yang aku dapat ambil (guna thumbdrive) masa aku datang HQ kat Rawang beberapa bulan lepas. Aku ambil sendiri dari orang kuat syarikat iaitu En Mat dan Vincent. Mereka tak lokek ilmu dan rela berkongsi maklumat.
Mengenai pelan pemasaran nanti aku cite next free day k. Kalau ada pertanyaan, post je kat chatbox sebelah kanan nun. Tak pun korang emel kat teratakawin[at]gmail.com ataupun winazza[at]hotmail.com.
Aku ni budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjuk ajarkan k.. :)

1 ulasan:

  1. aku copy dari carigold.com
    Aduh-aduh..kejap panas, kejap sejuk thread ni..
    Bagi yang belum tau mengenai syarikat Warizan ni, apa kata ambil inisiatif utk datang ke HQ di Bukit Sentosa dan tengok dengan mata kepala sendiri dan dapatkan penerangan secara terus dengan orang-orang kuat kat sana.
    Untuk makluman, Warizan menjalankan PERNIAGAAN. Sebagai ihsan dari syarikat, kita sebagai pembeli diberi insentif sebanyak RM2 setiap bulan selama 2 bulan. Seorang peniaga yang menjual satu set barang dengan harga RM38 hanya menggunakan modal mungkin dalam RM10. Maka keuntungan syarikat adalah RM28 bagi satu set. Keuntungan tersebut kemudiannya akan digunakan sebagai kos pengeluaran barang yang sama. Maka di sini syarikat tetap menerima keuntungan.
    Malah, Warizan al-Helmy Sdn Bhd mempunyai beberapa anak syarikat yang terlibat secara langsung dengan perniagaan yang pelbagai. Melalui baucer 15% daripada pendapatan peserta akan di"rolling" semula melalui pembelian pelbagai barang di anak-anak syarikat ini. Maka pusingan modal berlaku juga di sini.
    Hmm..aku antara peserta yang awal masuk itupun sebab bapaku sendiri yang kenalkan. Aku ni bukannya rajin tetapi pendapatan bagi bulan ketiga dah dapat RM48 (setelah ditolak 15% baucer dan RM3 bagi khairat kematian). Produk aku dengan wife pakai sendiri. Sebagai testimoni, wife aku tidak lagi menggunakan produk-produk lain bagi kulit mukanya selain Bedak Berubat Zanita. Sebabnya? Produk lain kebanyakan berasaskan kimia tetapi prosuk Warizan berasaskan perubatan Homeopati. Pergi google perkataan homeopati atau homeopathy kalau nak tau apa bendanya.
    Kesimpulannya, kita perlu melihat 2 perkara penting di sini. Pertama, produknya yang diyakini suci, selamat dan insyaAllah berkesan. Kehebatan produk perlu dititikberatkan juga ketika mempromosi. Maka, tidak akan ada orang yang mengatakan Warizan sebagai Buluhmas sebab Warizan menjual produk yang baik, hebat dan berkesan. Kedua, kita lihat pada sistem perniagaan yang digunakan. Insentif yang diberikan adalah penggalak kepada pengguna untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat. Maka di sini la timbulnya perkataan PENGGUNA BESTARI, PROMOTER dan GROUP LEADER. Produk yang hebat dapat diperkenalkan secara meluas melalui 3 kategori tersebut sama ada secara lisan, online, offline, flier dan sebagainya.
    Dan akhir sekali, semua perniagaan di dunia ini mempunyai risiko. Risiko hanya dapat dikurangkan dengan adanya istiqamah dan saling mempercayai antara manusia. Tepuk dada, tanya selera.

    BalasPadam