Selasa, 4 Ogos 2009

Coretan di tengah malam

Stressnya dengan kerja. 25 Julai lepas aku anjurkan Kursus Keselamatan Sinaran peringkat Hospital Sungai Buloh. Dahlah kena siapkan kertas kerja, surat panggilan, dan aku pulak salah sorang presentor..aiyo..penat siot..
Tapi nak buat macammana, kerja tu tanggungjawab. Aku buat je, selagi aku mampu kan..Hasilnya, kursus berjalan dengan lancar sekali dengan bantuan semua AJK yang dilantik dan juga bukan AJK yang tolong2 sibuk sekali..TQ all..
Kendian, Khamis dan Jumaat lepas aku ada bengkel kat Hospital Ampang. Bengkel yang wajib aku join sebab ia salah satu core business aku..Aku memang suka pegi kursus, tp yg kurang bestnya, buat kat tempat yang jauh dan jem..Aiyoo..jem tu yg xtahan.
So, kenala keluar awal (xla awal sangat pun...hehehe)..
Malam hari jumaat tu sampai ke hari Ahad, famili belah mertua aku datang ke KL untuk membeli belah..hahaha..aku ni dahla kurang suka berjalan shoping, tp dah sebab tanggungjawab kan..kita ni kawin bukan hanya dengan seorang wanita, tetapi dengan keluarganya sekali..hehehe..
Hari ni mula kerja semula..Aduhai..banyaknya nak kena siapkan..buat pelan2 je..janji siap. Minit mesyuarat sebulan yang lepas berjaya disiapkan, pastu isi dan submit borang exam PTK, pastu uruskan penetapan tarikh training MRI (korang faham ke? :) dan sebelum balik update data2 penilaian kursus untuk diserahkan kepada bos besar..
Pastu balik je rumah, jual meja makan kat member ofis..aku xpakai, so apa salahnya jual je kan..tq Azrie..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan